Khamis, 24 Oktober 2013

Door Gift for Aqiqah

Home Made > Aqiqah Door Gift


Door Gift ni hasil drpd kami adik beradik untuk majlis akikah 2nd baby saya ..buat sendiri je..balang, kitorang cari kat air hitam..beli banyak..dptla murah gak..ok la tuk door gift kn..simple je..colourful lagi.







Balang Kecil yg diisi dengan sapu tangan kecil beserta colourful ribbon


Round Sticker - lekat kat atas penutup balang


Everything is Home Made..

Resepi Congo Bars


Pagi tadi, saya dah rasa congo bars ni, hmmmm...leh tahan gak..sedap..budak-budak mesti suka..kompem.. :) terus tanya resepi kat ofis mate ni...
ada ms lapang leh la cuba..
huhuhu...


Congo Bars

Bahan-bahan


2 3/4 cawan tepung serbaguna
2 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu kecil garam
2/3 cawan mentega
2 1/4 cawan gula perang
3 biji telur
2 sudu teh esen vanila
2 1/2 cawan cip coklat
Kuantiti = 32-35 bar

Penyediaan

Panaskan ketuhar kepada 350 ° F.

Ayak tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk yang besar. Di dalam bekas yang berlainan, campurkan mentega dan gula menggunakan mixer sehingga sebati. Tambah telur, satu demi satu, beserta dengan gula, sedikit demi sedikit. Tambahkan esen vanila. Tambah tepung dan kacau sehingga sebati dan masukkan cip coklat.

Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar ukuran 9 x 13 inci. Sebelum itu ratakan tin pembakar dengan butter dan alas dengan kertas minyak terlebih dahulu. Bakar selama 30 minit, kemudian tutup bahagian atas dengan foil untuk mengelakkan lebih-Browning. Bakar lagi selama 10-15 minit. Pastikan anda tidak terlebih bakar.

Khamis, 26 September 2013

Coretan Pertama

hmmmmm...baru first time nak create blog ni..susah gak nak fikir..
tengok org semua ada blog, kite pun nak wat blog gak..
tapi tula tak tau nk create tajuk apa???

any suggestion???
kalau pasal political issue?? hmm, sure kene kerkkkkk!!!! hehe
tak nak tanggung risiko lah..

the best part nk create blog ni, leh dapat side income..hehe betol kn
ni la nak try, kot2 leh sangkut ke..
memandangkan zaman yang serba mencabar dgn $$$$$$$
nk kene fikir cara2 nk wat side income ni..
nak jual2 barang, tak pandai nk communicate gn orang, 
sebabnyer malu..huhuhuhu..
'malu bertanya sesat jalan'..

dulu pernah gak menceburkan diri dgn dunia unit trust ni..
tp sekejap je..maklumlah time tu, bujang..x terfikir pun nk simpan duit lebih
so, anggap benda tu remeh je..
skang ni klu tengok upline, waaahhhhh monthly income cecah 80k..
just imagine..

nak menyesal pun x guna, dulu tak terfikir langsung..
lesen pun dah expired, nk ambil exam lg, fikir 10 kali gak..
maklumlah ada anak kecik ni kn..confirm ada gangguan

nak kena mimpi dulu bru boleh fikir...hehe

yes!!! coretan pertama